fbpx

16 mangsa selamat, kemalangan enam kenderaan di Bidor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN melibatkan enam kenderaan di KM341.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berdekatan Bidor, Tapah pada pukul 7.26 malam tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

TAPAH – Seramai 16 mangsa selamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 341.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berdekatan Bidor di sini pukul 7.26 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu melibatkan masing-masing sebuah lori membawa muatan ikan, Proton Exora, Honda HRV, Honda City, Toyota Alphard dan sebuah Proton Persona.

Katanya, lori muatan ikan itu terdapat dua lelaki dewasa di dalamnya, Honda HRV (seorang lelaki dewasa dan dua wanita), Honda City (dua lelaki dewasa), Toyota Alphard (seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa) dan Proton Persona pula melibatkan seorang lelaki dewasa, seorang wanita dan seorang kanak-kanak.

“Tiada mangsa mengalami kecederaan serius. Anggota bomba memeriksa dan membuat pemantauan bagi memastikan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius sekitar lokasi kemalangan.

“Selain itu, memimpin mereka ke tepi jalan untuk menenangkan mereka sebelum ketibaan polis dan ambulans.

“Empat mangsa didapati mengalami trauma dan pening kepala dibawa ke hospital terdekat menggunakan ambulans,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, kemalangan dipercayai berlaku kerana lori membawa muatan ikan tidak sempat membrek kenderaannya sebelum merempuh Proton Exora disusuli empat kenderaan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya mengesahkan kemalangan itu dan memaklumkan aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI