fbpx

[VIDEO] Ini baru betul ‘Tiga Abdul’ yang sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan tiga beradik perempuan lengkap berpakaian sedondon putih ketika majlis akad nikah mereka.

PETALING JAYA – Tiga beradik perempuan melangsungkan perkahwinan serentak dengan tiga beradik lelaki dalam satu majlis akad nikah dianggap sesuatu yang luar biasa sehingga mencuri perhatian ramai.

Momen indah itu dikongsi pengguna TikTok @Cvtie_lulu yang memaparkan ketiga-tiga pengantin perempuan lengkap berpakaian sedondon berwarna putih ketika majlis akad nikah berlangsung.

“Acara nikah tiga adik-beradik perempuan dengan tiga adik-beradik lelaki,” tulis pemilik akaun berkenaan di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan menganggap situasi tersebut sebagai jarang berlaku.

“Ini baru betul ‘Tiga Abdul’ yang sebenar. Tahniah semua, semoga kekal hingga ke syurga,” ujar @Syakirah8018.

“Pakat berkongsi mentua, balik kampung pun jalan sekali, senang,” seloroh @Shaiful.

“Betul-betul ‘rare’, jarang dapat adik-beradik jadi biras serentak,” kata @Pakduan.

Setakat ini, hantaran tersebut menerima 129,300 tanda suka, 1,406 komen dan 21,300 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@cvtie_lulu Replying to @່ ♬ So Tau Pura Pura Tidak Tau – Forde Caveira

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI