fbpx

UCL: Enrique lunas janji di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENRIQUE berjaya merealisasikan impian PSG apabila membantu pasukan itu menamatkan penantian untuk muncul juara UCL. - AFP

MUNICH – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique teruja dapat membantu pasukan memahat sejarah dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Inter Milan 5-0 di pentas final awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Allianz Arena itu, PSG mempamerkan aksi lima bintang dengan mendominasi aksi sepanjang 90 minit dan meraih jaringan menerusi Desire Doue (dua gol), Achraf Hakimi, Khvicha Kvaratskhelia dan Senny Mayulu.

Kata Enrique, kejayaan membantu PSG meraih trofi berprestij Eropah buat kali pertama itu melunaskan janji yang dilakukan selepas membimbing pasukan sejak dua tahun lalu.

“Sejak hari pertama bersama pasukan lagi sasaran saya adalah untuk membantu mereka menjulang trofi penting. PSG tidak pernah menang UCL dan kita berjaya menang buat kali pertama.

“Secara peribadi, untuk perlawanan ini kita memang berada dalam kelas tersendiri dengan Ousmane Dembele memberi tekanan terhadap benteng dan penjaga gol lawan setiap masa.

“Bukan mudah untuk menang aksi final dengan ramai pemain muda, tetapi mereka bersatu hati dan langsung tidak berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Sementara itu, Enrique yang menjulang trofi UCL kedua dalam kariernya sebagai jurulatih selepas membantu menang pada edisi 2015 memuji Inter yang memberikan tentangan sengit.

“Pujian wajar diberikan kepada Inter, mereka cuba untuk kekal berada dalam saingan tetapi inilah pengajaran yang terbaik buat lawan. Mereka sedar akan kalah tetapi masih memberi tentangan hingga wisel penamat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI