PETALING JAYA – Sebanyak enam daerah di tiga negeri Semenanjung berada pada Tahap 1 atau berjaga-jaga kerana mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, catatan suhu bagi enam daerah tersebut sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Ia melibatkan negeri Perak iaitu di Larut & Matang, Kuala Kangsar dan Perak tengah, Kelantan pula di Machang dan Kuala Krai, manakala Kedah membabitkan Bandar Baharu.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, suhu maksimum harian dilaporkan adalah kurang daripada 35 darjah Celsius.
Dalam pada itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas harian menerusi laman web MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE