fbpx

‘Saya suka, tak kisah pakai hadiah pemberian peminat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADHIR menghargai setiap hadiah pemberian peminatnya dan tidak malu menggayakannya meski nilainya kecil.

KUALA LUMPUR – BUKAN seperti segelintir selebriti lain, pelakon Nadhir Nasar tidak malu memakai barang pemberian peminat malah menganggapnya sebagai simbol kasih yang tulus dan bermakna.

Mengenakan gelang manik berwarna-warni pada majlis pelancaran Komik Kolaborasi UNDER18 x KLEPET sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) semalam, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, menyifatkan aksesori tersebut bukan sekadar hiasan semata-mata sebaliknya penghargaan kepada peminat.

“Semua ini (gelang) adalah hadiah dan pemberian daripada peminat saya.

“Ini adalah beberapa aksesori yang mereka bagi ketika sesi meet and greet.

“Saya sangat hargai peminat saya. Setiap kali buat sesi macam ini , mesti ada wajah-wajah baharu dan hadiah-hadiah daripada mereka,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sebagai anak seni yang masih mendaki puncak populariti, pelakon Projek High Council itu mengakui sentiasa menyimpan dan menghargai setiap pemberian, meskipun kecil nilainya.

“Saya sangat hargai perkara ini dalam proses saya bergelar artis.

“Saya simpan semua hadiah yang mereka beri dan ada juga beberapa gambar yang saya muat naik dalam media sosial.

“Sebab saya suka, jadi saya tak kisah nak pakai,” jelasnya.

Menjawab persoalan sama ada pernah rasa was-was terhadap barangan pemberian peminat, juara Hero Remaja 2020 itu menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

“Saya bekerja di atas jalan Tuhan.

“Jadi saya hanya husnuzon dan berserah sahaja,” ujarnya.

Tindakan Nadhir memakai gelang hadiah peminat secara terbuka membuktikan dia bukan sekadar menghargai sokongan malah meraikannya.

Dalam dunia hiburan yang serba pantas dan kompetitif, keikhlasan begitu menjadikan Nadhir antara selebriti lelaki muda paling disayangi pengikutnya.

Dalam perkembangan lain, Nadhir turut terlibat dalam projek filem UNDER18 x KLEPET bersama Aedy Ashraf dan Meerqeen di bawah arahan Indra Putra (Sanji).

Filem tersebut bakal menghidangkan pengembaraan luar biasa melibatkan tiga sahabat iaitu Pali, Jani, dan Wadi bertemu Lola, wanita Ukraine yang melarikan diri daripada sindiket penipuan.

Gabungan aksi, elemen komedi dan emosi dijangka menjadikan UNDER18 x KLEPET sebagai antara karya paling dinanti tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI