fbpx

Rugi RM108,520 kerana panik terima panggilan scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANGKAK – Seorang pesara guru wanita berputih mata apabila kerugian sebanyak RM108,520 apabila terjerat dengan penipuan panggilan telefon ‘scammer’ menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pegawai polis baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, polis daerah Tangkak telah menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berusia 58 tahun semalam.

“Menurut mangsa, dia menerima panggilan dari suspek yang mengatakan dia adalah Pegawai SKMM serta pegawai polis dan mangsa terus menjadi panik apabila dimaklumkan terlibat dalam kes penipuan pelaburan dan pinjaman tidak wujud.

“Suspek telah memperdayakan mangsa supaya wang di dalam akaunnya dipindahkan ke akaun lain sehingga akaun mangsa selesai di audit.

“Mangsa kemudiannya telah memindahkan wang dari akaunnya ke akaun pihak ketiga dengan melakukan 16 transaksi ke dalam dua akaun berbeza yang disyaki ‘mule account’ seperti yang diarahkan oleh suspek,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Roslan, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM108,520 akibat transaksi berkenaan menggunakan wang simpanan dari Tabung Haji dan beberapa akaun bank simpanan peribadinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI