BANGKOK – Mayat seorang lelaki pertengahan usia ditemukan terapung di dalam sebuah perigi dipercayai berhantu di wilayah Udon Thani, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Seorang lelaki gelandangan yang tinggal berdekatan perigi tersebut melaporkan penemuan mayat itu hari ini sebelum anggota-anggota kecemasan tiba.
Hasil pemeriksaan mendapati, mayat mangsa berusia antara 40 hingga tahun terapung di dalam perigi berkenaan, dipercayai sejak semalaman.
Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau kecederaan.
Menurut saksi, mangsa yang dikenali sebagai James, kerap pergi ke perigi tersebut dan merayau-rayau di stesen kereta api berdekatan.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan bagaimana mangsa boleh berada di lokasi tersebut, manakala mayatnya dihantar ke hospital terdekat untuk bedah siasat.
Seorang penduduk dikenali sebagai Pen yang sudah tinggal di situ selama lapan tahun berkata, dia sering mendengar bunyi seperti orang bermain-main di dalam perigi itu pada waktu malam.
Penduduk setempat juga percaya bahawa perigi tersebut berpuaka dan pelbagai penampakan seram kerap dilihat. – AGENSI