fbpx

Penumpang pesawat bawa 44 ular bisa dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ular-ular yang dirampas dari bagasi warga India. - Foto X/Kastam Mumbai

NEW DELHI – Seorang penumpang yang cuba menyeludup berpuluh-puluh ular berbisa ditangkap selepas terbang ke Mumbai dari Thailand, lapor portal berita Gulf News hari ini.

Menurut Kastam Mumbai dalam satu kenyataan, reptilia itu termasuk 44 ular berbisa Indonesia disorok di dalam bagasi.

“Seorang warga India yang tiba dari Thailand ditangkap,” katanya.

Penumpang yang identitinya tidak didedahkan itu turut menyeludup tiga ular kapak bertanduk ekor labah-labah.

Dia juga cuba menyeludup masuk  ima ekor kura-kura daun Asia.

Kastam Mumbai mengeluarkan gambar ular yang dirampas termasuk ular berwarna biru dan kuning yang menggeliat di dalam baldi.

Ular-ular itu adalah rampasan yang agak luar biasa di Mumbai.

Ini kerana pegawai-pegawai kastam lebih kerap menyiarkan gambar emas seludup, wang tunai, ganja atau peket kokain yang disyaki ditelan oleh penumpang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI