fbpx

Man. United jumpa pengganti Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONCALVES mampu memberikan nilai tambah kepada Amorim dalam usaha membina semula pasukan musim depan. - AFP

LONDON – Bintang Sporting Lisbon, Pedro Goncalves bakal menjadi calon pilihan buat Manchester United sekiranya ketua pasukannya, Bruno Fernandes mengambil keputusan berhijrah ke Arab Saudi.

Ia bukan perkara baharu kerana The Red Devils dikatakan sudah pun memantau Goncalves, namun perpindahan itu dijangka hanya menjadi realiti sekiranya Fernandes menerima tawaran lumayan daripada Al-Hilal.

Bagaimanapun, Amorim sebelum ini sudah menyatakan pendirian bahawa beliau lebih selesa untuk Fernandes kekal dalam misinya membina semula pasukan bagi mengharungi musim depan.

Difahamkan, Goncalves dinilai dengan tanda harga sebanyak £70 juta (RM401.3 juta) dan kehadirannya sudah semestinya meredakan tekanan kepada Amorim yang mungkin bergelut sekiranya beraksi tanpa kelibat Fernandes.

Goncalves kini sudah pun pulih daripada kecederaan otot paha yang dialaminya ketika Amorim masih lagi mengemudi Sporting pada November lalu.

Bagaimanapun, rundingan untuk mendapatkan Goncalves mungkin menjadi lebih rumit memandangkan gergasi Portugal itu juga dijangka kehilangan seorang lagi pemain bintangnya, Viktor Gyokeres yang mendapat perhatian banyak kelab termasuk Arsenal.

Sporting dikatakan agak keberatan untuk melepaskan kedua-dua pemain itu yang memainkan peranan besar kepada kejayaan pasukan menjuarai kejuaraan berganda musim ini, Primeira Liga dan Piala Portugal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI