fbpx

Man. City yakin menang Piala Dunia Kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY akan memulakan kempen Piala Kelab Dunia dalam Kumpulan G bersama Juventus, Wydad dan Al Ain. - AFP

MANCHESTER – Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak menyuarakan rasa teruja menjelang saingan Piala Dunia Kelab yang dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat bermula 15 Jun hingga 13 Julai depan.

Beliau memiliki sasaran cukup tinggi apabila mengharapkan pemain-pemain The Citizens untuk menampilkan aksi terbaik sepanjang kejohanan berprestij anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu dan membawa pulang trofi kejuaraan ke Stadium Etihad.

Khaldoon berkata, kejohanan itu boleh dianggap cukup besar memandangkan seluruh dunia akan menyaksikan setiap perlawanan yang dilangsungkan nanti dan beliau mahu City melakar sejarah tersendiri.

“Ini adalah satu kejohanan yang sangat serius kerana seluruh dunia akan menyaksikan setiap perlawanan itu dengan pasukan-pasukan terbaik dunia bakal bersaing untuk mendapatkan trofi kejuaraan.

“Kami akan pergi ke sana dan cuba untuk membawa pulang trofi. Bagi saya, ia adalah permulaan untuk musim baharu, jadi semua pemain akan berehat dengan secukupnya sebelum kami menggalas cabaran di sana,” katanya.

Pada kejohanan itu nanti, City yang merupakan juara Eropah 2023 diundi dalam Kumpulan G bersama gergasi Serie A, Juventus serta Wydad dari Maghribi dan wakil Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Al Ain.

Atas kertas, City dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk melangkah ke pusingan kalah mati apabila dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mendapat bagi meneruskan kemaraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI