fbpx

Lelaki warga Afrika buat kecoh di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular kejadian memaparkan lelaki warga asing bergaduh mulut sebelum memandu secara berbahaya di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Pilah menghala Bukit Putus di sini.

SEREMBAN – Pihak polis meminta individu yang terlibat dalam video tular memaparkan pergaduhan mulut melibatkan lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Pilah menghala ke Bukit Putus di sini tampil membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd. Amrul Yazid Anuar berkata, setakat ini pihak polis tidak menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Menerusi video tular, kelihatan beberapa lelaki warga Afrika bertengkar dengan seorang lelaki dipercayai warga tempatan, namun tidak dapat dipastikan punca sebenar.

Sebuah kereta Proton X50 berwarna biru dipercayai dipandu lelaki warga asing itu turut dilihat dipandu secara terburu-buru dengan keadaan bonet belakang yang tidak bertutup.

Klip video yang tular itu turut menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan dipercayai kesan dilanggar.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut kemudiannya meninggalkan lokasi.

Ketika insiden itu berlaku, terdapat kenderaan pelanggan yang sedang berhenti mengisi minyak di situ.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI