fbpx

Lelaki Thailand dicekup seludup petrol guna Proton Waja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangki tambahan dijumpai di bawah tempat duduk penumpang sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki Thailand. - Foto KPDN

TANAH MERAH – Taktik seorang lelaki Thailand yang menyeludup petrol dengan memandu kereta tempatan terbongkar apabila dicekup di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini semalam.

Lelaki yang memandu kereta jenis Proton Waja itu ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan kira-kira pukul 9.10 pagi semasa melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pemeriksaan ke atas kereta tersebut telah menjumpai sebuah tangki yang diubahsuai untuk tujuan penyeludupan petrol ke negara jiran.

“Anggota KPDN turut menjumpai 80 liter petrol di dalam tangki kereta tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta dipandu suspek dianggarkan berjumlah RM5,164” katanya ketika dihubungi pemberitadi sini hari ini.

Azman memberitahu, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI