fbpx

Lelaki baling bom pada perarakan pro-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED Sabry Soliman ditangkap polis kerana membaling bom botol ke arah perarakan menyokong tebusan Israel. - Foto CBS

WASHINGTON – Seorang suspek ditahan berhubung apa yang disebut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai tindakan keganasan di luar pusat beli-belah Pearl Street Mall, bandar Boulder dalam negeri Colorado, lapor saluran berita CBS. 

Seorang pegawai FBI menyebut beberapa saksi sebagai berkata, suspek membaling bom api (molotov cocktail), menyebabkan sebilangan mangsa terbakar dan melecur semasa perarakan tebusan Israel di Gaza. 

Enam orang cedera dalam kejadian itu semalam.

Ejen Khas FBI,  Mike Michalek berkata, suspek dikenal pasti  sebagai Mohamed Sabry Soliman, 45.

“Dia  menjerit ‘bebaskan Palestin’ semasa melancarkan serangan itu  dan perbuatannya jelas tindakan keganasan,” kata Michalek sambil menambah, kes itu disiasat sebagai tindakan keganasan.

Ketika kejadian, sejumlah penunjuk perasaan berarak untuk memperingati tebusan Israel yang ditahan pejuang Palestin di Gaza. Perarakan berlangsung di pusat bandar Boulder. 

Mangsa serangan itu berumur antara 67 hingga 88 tahun dengan seorang cedera parah. 

Ketua Polis Boulder, Stephen Redfearn berkata,  mangsa yang parah berada dalam keadaan kritikal. 

Syarikat penyedia perkhidmatan perubatan, UCHealth mengesahkan  dua mangsa diterbangkan dengan helikopter.. 

Empat lagi dibawa ke Hospital Komuniti Boulder, kata polis. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI