fbpx

Jalan ikut Google Maps, sekali kereta masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan jenis Perodua Viva menghadapi detik cemas apabila keretanya terbabas ke dalam sungai.

PETALING JAYA – Gara-gara terlalu bergantung pada aplikasi penunjuk jalan Google Maps, sebuah kereta jenis Perodua Viva nyaris menjadi mangsa tragedi apabila terbabas masuk ke dalam sungai di kawasan Lanang, Tanjung Kunyit, Sibu.

Tular di Facebook milik Borneo, pemandu kereta tersebut dilaporkan mengikut arahan dari aplikasi peta tanpa menyedari laluan itu berakhir di sungai. Mujur kesemua penumpang sempat keluar dari kenderaan sebelum ia hampir tenggelam.

Selain itu, menurut kata pihak polis, insiden ini bukanlah yang pertama berlaku di lokasi tersebut.

Hasil tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terhibur, malah ada yang memberikan reaksi hairan dan lucu mengenai kejadian tersebut.

“Biar betul, tidak pernah dengar orang guna gogle map ni masuk sungai or kebun kalapa sawit, terlebih masuk simpang ada la, Ni mesti dia guna waze…elak sekatan,” kata Tiap Rejeh.

“Penglihatan yang bermasalah ni,” ketawa Juliea L Aran.

“Itu bukan kerana peta, apa macam kalau peta itu naik pokok, ikut naik jua,” berseloroh Maling Jenuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI