fbpx

Hujan lebat di Johor sehingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda Johor sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara daerah yang terlibat adalah Mersing dan Kota Tinggi.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Bagi negeri lain di Semenanjung Malaysia, cuaca dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan tempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN