fbpx

Hari TVET Negara bukti menifestasi tekad Kerajaan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster sambutan Hari TVET Negara yang dikongsi di Facebook Ahmad Zahid hari ini.

PETALING JAYA – Hari TVET Negara yang disambut pada tanggal 2 Jun merupakan manifestasi tekad dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dalam melahirkan tenaga kerja masa depan yang dinamik, berkemahiran dan berdaya tahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sambutan itu turut dianjurkan saban tahun sebagai acara penting yang memperlihatkan perkembangan positif ekosistem TVET negara sebagai pemacu pembangunan modal insan.

Malah katanya, bidang itu turut menjadi platform yang dapat menawarkan peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET dari pelbagai pihak.

“Usaha yang dilakukan adalah bertepatan dengan kerangka Malaysia Madani yang meletakkan agenda TVET sebagai salah satu keutamaan, termasuk peluasan akses pendidikan TVET kepada pelajar luar bandar, penambahbaikan fasiliti latihan, serta galakan kepada belia yang ingin membina kerjaya masa hadapan melalui kemahiran.

“Malah, sokongan padu pelbagai pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti, TVET akan kekal sebagai teras utama dalam membina Malaysia yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing di peringkat global,” tulisnya dalam satu kenyataan di media sosial.

Justeru, beliau juga menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Melaka International Trade Centre (MITC) pada 11 hingga 13 Jun ini bagi memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2025.

“Jumpa anda di sana! TVET pilihan utama kerjaya,” tulis Ahmad Zahid lagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI