fbpx

Beli iPhone online, yang dapat bungkusan gula pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Riana terkejut apabila membuka bungkusan berwarna coklat yang diterima. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila menerima paket berisi gula selepas membeli telefon pintar iPhone secara online, lapor laman berita Lambe turah semalam.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, wanita dikenali sebagai Riana itu berkata, dia membeli iPhone daripada penjual online pada awal bulan Mei lalu.

Namun, dia terkejut apabila membuka paket barangan diterima dan mendapati bahawa ia adalah gula pasir seberat 1 kilogram.

“Bagaimana boleh jadi begitu? Ia adalah gula,” kata Riana.

Wanita itu kemudian pergi ke pejabat syarikat penghantaran untuk membuat laporan sebelum seorang pengurus menjelaskan bahawa mereka akan melakukan siasatan dan membuat laporan polis.

“Selepas membuat laporan, saya diberitahu bahawa wang akan dipulangkan dengan proses yang panjang. 

“Semua urusan itu berlaku selama tiga minggu sebelum saya akhirnya menerima wang kembali,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI