fbpx

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik ‘berpeluh’ sebelum raih gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik terus mengekalkan rentak konsisten apabila meraih gelaran ketiga musim ini selepas memenangi Terbuka Singapura hari ini. - ISKANDAR ISHAK

SEPANG – Gelaran ketiga diraih beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik musim ini selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi, bekas juara dunia itu menewaskan beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 15-21, 21-18, 21-19 dalam tempoh 65 minit.

Lebih manis, keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik merekodkan kemenangan pertama ke atas gandingan No.10 dunia tersebut selepas pertemuan sulung mereka di Terbuka India Januari lalu memihak kepada Won Ho-Seung Jae.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, juara Asia 2025 itu sedikit tersentak apabila tewas 15-21 di set pertama sebelum bangkit dalam dua set berikutnya 21-18, 21-19 bagi mengesahkan kemenangan.

Gelaran Terbuka Singapura itu memastikan Aaron-Wooi Yik mengharungi musim cukup cemerlang selepas memenangi Kejohanan Badminton Asia (BAC) pada April dan Terbuka Thailand bulan lalu.

Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai AS$74,000 (RM314,980) berserta pingat manakala Won Ho-Seung Jae berpuas hati dengan AS$35,000 (RM148,977) dan pingat.

Gelaran tersebut pastinya menjadi pembakar semangat buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menjelang kejohanan Terbuka Indonesia yang akan berlangsung di Jakarta bermula Selasa ini.

Pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu, Aaron-Wooi Yik dijangka berdepan laluan sukar di pusingan pertama apabila diundi bertemu beregu Denmark, Rasmus Kjaer- Frederik Sogaard. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI