fbpx

Rakyat Indonesia tunai haji tanpa visa meninggal dunia di gurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa buah kenderaan di sebuah lebuh raya merentasi gurun di Arab Saudi. - Foto AFP

MEKAH – Seorang warga Indonesia yang mahu menunaikan haji dengan memasuki Mekah secara haram ditemukan meninggal dunia di kawasan gurun, lapor laman berita Detik semalam. 

Pada mulanya, tiga rakyat negara itu ditemukan oleh dron milik pasukan keselamatan Arab Saudi di kawasan gurun wilayah Jumum, Mekah.

Namun, salah seorang daripada mereka sudah meninggal dunia kerana dehidrasi baru-baru ini.

Konsul Jeneral Indonesia di Jeddah, Yusron B Ambary berkata, seorang rakyat negaranya dikenali sebagai SM, ditemukan meninggal dunia, manakala dua lagi masih hidup.

“Sebelum itu, SM bersama 10 warga Indonesia lain ditangkap oleh pasukan keselamatan Arab Saudi dan diusir ke Jeddah,” ujarnya.

Dia menyatakan bahawa SM tiba di Arab Saudi menggunakan visa ziarah. 

SM disyaki memasuki Mekah bersama dua rakyat Indonesia dikenali sebagai J dan S menggunakan teksi haram melalui kawasan gurun pasir.

“Dalam usaha hendak memasuki Mekah secara haram, ketiga-tiga mereka dipaksa turun di tengah gurun oleh pemandu teksi kerana takut ditangkap anggota keselamatan Arab Saudi.

“Sementara itu, J dan S dibawa anggota keselamatan ke hospital dan setelah dirawat, mereka diusir ke Jeddah,” ujar Yusron. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI