fbpx

PU Syed selar lelaki jadikan neraka bahan gurauan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang dihasilkan menggunakan Veo 3.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Syed menyelar tindakan seorang lelaki yang menjadikan neraka sebagai bahan kandungan media sosial.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata, perbuatan lelaki terbabit seolah-olah mempersendakan agama Islam dan menegaskan neraka bukan tempat yang boleh dijadikan jenaka.

“Ada seorang individu dari negara seberang melakukan ‘content’ konon-konon berada di dalam neraka. Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam nereka.

“Kita sebagai umat perlu mohon kepada Allah, elakkan diri dari dimasukkan dalam api neraka. Tiba-tiba, orang itu buat konten sedemikian,” katanya.

Susulan itu katanya, beliau menggesa agar pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan yang turut disifatkan menghina kitab Allah SWT.

“Saya minta pihak berkuasa di Indonesia ambil tindakan terhadap individu tersebut, mungkin dia kurang waras atau tidak betul. Andai dia tidak waras, berikan rawatan kepadanya.

“Jika dia orang Islam, kenakan tindakan kerana telah menghina kitab Allah dan jika dia kafir, tunggulah azab Allah yang sebenar-benarnya,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menggunakan model kecerdasan buatan (AI) generatif baharu, Veo 3 untuk menghasilkan video dirinya seolah-olah berada di dalam neraka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI