fbpx

PBAKL 2025 terima hampir 2 juta pengunjung – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Perasmian Penutup PBAKL 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara hari ini.

PBAKL 2025 terima hampir 2 juta pengunjung – Anwar

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung dari 23 Mei lalu hingga hari ini menerima hampir 2 juta pengunjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding 1.8 juta pengunjung pada penganjuran PBAKL sebelum ini.

“Kehadiran tahun lalu, rekod 1.8 juta (pengunjung). Tahun ini melepasi 1.8 juta dan mungkin hampir 2 juta. Saya ucap terima kasih kepada ibu bapa yang bawa anak dan para guru.

“PBAKL tersenarai antara festival sastera ke-3 terbaik dunia. Tahun lalu kita bagi baucar buku pada pelajar. Tahun ini tak bagi baucar. Tahun ni kita bagi baucar kepada 400,000 guru.

“Tahun depan kita tengok keadaan ekonomi. Sekarang ini kita sedang bertarung dengan tarif Donald Trump,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup PBAKL 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI