fbpx

Membaca belum jadi budaya negara ini – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Perasmian Penutup PBAKL 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara hari ini - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Membaca buku-buku yang memberi ilmu pengetahuan belum menjadi budaya di negara ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sesuatu yang melelahkan untuk disebut.

“Negara madani berpaksikan keyakinan dan mencintai ilmu. Bagaimana nak mencintai ilmu… (bukan) sekadar dengar syarahan dan kadangkala maki hamun yang tidak berteraskan ilmu.

“Baca empat ayat atau dengar celoteh dua minit dalam media sosial kita sudah buat keputusan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup PBAKL 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara hari ini.

Anwar berkata, dunia hari ini adalah mencabar yang memerlukan manusia mendalami ilmu dan tiada negara yang maju yang dangkal ilmu.

Bagaimanapun, katanya, terdapat golongan pemikir, pemimpin politik, profesional dan teknokrat di negara ini yang tidak menganggap ia perkara penting.

“Ada pemikir kita tidak anggap perkembangan budaya yang lebih luas itu penting. Tidak akan jadi madani kerana madani bukan saja mengangkat martabat kita daripada segi ekonomi, tetapi budaya dan jati diri,” katanya.

Justeru, Anwar berharap semua pihak termasuk golongan ibu bapa, pelajar dan para guru berfikir, mengambil berat serta menghadam kepentingan ilmu.

Ujar beliau, Malaysia mahu menjadi negara hebat di rantau ini dalam beberapa tahun akan datang, maka semua pihak perlu bersiap, bekerja dan membaca dengan lebih.

“Lihat saja polemik politik dan ekonomi negara tidak asaskan ilmu, tidak membaca, hanya sentimen marah, benci dan hukum.

“Agama pun dijadikan gelanggang begitu.. tak setuju kafir, munafik. Kalau setuju, bodoh seperti mana pun baik. Jadi tidak ada asas ilmu di situ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI