fbpx

Kereta ‘terbang’, mendarat atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta 'terbang' lalu jatuh di atas bumbung sebuah dewan. - Foto Fox 4

WASHINGTON – Sebuah kereta ‘terbang’ dari jalan raya lalu mendarat di atas bumbung sebuah dewan pesara tentera di negeri Missouri, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post.

Bumbung Dewan Memorial Veteran Clay-Ray di Excelsior Springs masih dibaiki akibat kemalangan seumpama itu pada Februari lalu.

Dalam kejadian terbaharu, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki terpelanting sebelum jatuh di bahagian bumbung bangunan berkenaan, Rabu lalu.

“Walaupun ia mungkin kelihatan seperti isu yang berulang, ini adalah situasi yang sangat unik,” kata Leftenan Ryan Dowdy dari Jabatan Polis Excelsior Springs.

Menurut portal berita Excelsior Citizen, pemandu berusia 56 tahun tersebut menghantar makanan untuk organisasi sukarelawan ketika dia mengalami sawan lalu hilang kawalan. 

Mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan beredar dari tempat kejadian.

Tiada pertuduhan akan difailkan terhadap pemandu itu, demikian menurut polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI