fbpx

Dua beradik ditemui kaku, berpelukan dalam kebakaran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazmi dan Siti Nordiana Yusof melihat motosikal milik pelanggan yang musnah dalam kebakaran di Taman Sri Kota, Kuala Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – “Kami nampak mereka berdua berpelukan kaku, menangis pun tak.”

Demikian detik cemas yang dikongsikan seorang pegawai bomba ketika menyelamatkan dua beradik yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Sri Kota di Kuala Kedah, di sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd. Zulkifli Abd. Azis berkata, api marak dengan pantas dalam kejadian tersebut sebelum dia dan seorang rakan setugasnya berjaya membawa kanak-kanak itu keluar dari rumah berkenaan.

Mohd. Zulkifli di samping dua kanak-kanak yang berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran di Taman Sri Kota, Kuala Kedah hari ini.

“Kedua-dua mangsa iaitu seorang budak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia tiga tahun ketika itu berada di sebuah bilik di tingkat atas rumah.

“Saya dan seorang rakan naik ke atas apabila diberitahu ada mangsa terperangkap mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) bomba.

“Mangsa ketika itu hanya diam sahaja seolah terkejut. Apabila kami tiba, si kakak baru buka mulut dan berkata, bomba sudah sampai, seolah-olah lega. Alhamdulillah kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.16 pagi sebelum menggerakkan anggotanya ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres berkembar dua tingkat dengan anggaran kemusnahan 70 peratus. Kebakaran juga melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan lapan motosikal,”.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI