fbpx

Dion Cools dapat ‘restu’ berkelana ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dion Cools dikhabarkan membuat penampilan terakhir bersama Buriram United pada aksi final Piala Liga Thailand semalam. - Foto ihsan Buriram United

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memberi ‘restu’ kepada tonggak sensasi, Dion Cools untuk berkelana ke Jepun selepas dikhabarkan mendapat tawaran daripada pasukan divisyen utama J1, Cerezo Osaka.

Cklamovski yang cukup arif dengan budaya bola sepak Jepun selepas tujuh tahun menabur bakti di negara Matahari Terbit itu percaya mana-mana pemain tempatan akan mempamerkan peningkatan prestasi di sana nanti.

“Sama ada dia (Cools) pergi atau tidak, kita tidak pasti. Namun, kalau ada mana-mana pemain yang mahu beraksi di Liga Jepun ia memberi tanda positif kerana itulah liga terbaik di Asia.

“(Tidak kira) semua divisyen J1, J2, atau J3 sangat kompetitif dan penganjuran liga juga sangat mengujakan. Saya pasti mana-mana pemain yang mewakili kelab Jepun akan berikan yang terbaik.

“Ini kerana bukan mudah untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan pemain perlu beri komitmen penuh sepanjang masa,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Cools berhijrah adalah ketika jendela perpindahan Januari 2023 dengan menyertai Buriram United daripada kelab Republik Czech, Jablonec secara percuma dengan kontrak yang berakhir pada bulan depan.

Pemain berdarah kacukan Belgium itu mempamerkan musim cemerlang dan mahu menamatkan saingan musim ini dengan meraih gelaran quadruple bersama Buriram selepas menjulang trofi Liga 1 Thailand, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC), Piala Liga Thailand dan Piala FA Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI