fbpx

Ahli astronomi kesan isyarat aneh dari angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI astronomi terkejut dengan isyarat aneh dari angkasa lepas. - Foto ICRAR/CSIRO

SYDNEY – Sekumpulan ahli astronomi terkejut apabila mengesan objek tidak dikenali memancarkan isyarat aneh dari angkasa lepas, lapor laman berita New York Post semalam.

Objek dikenali sebagai ASKAP J1832-0911 itu dikesan oleh teleskop Pencari Laluan Susunan Kilometer Persegi Australia (ASKAP) dan balai cerap X-ray Chandra milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

“Ia tidak seperti apa yang kita lihat sebelum ini,” kata seorang ahli astronomi Universiti Curtin di Perth, Andy Wang.

ASKAP J1832-0911 memancarkan denyutan gelombang radio dan sinar-X selama dua minit bagi setiap 44 minit, demikian menurut pakar-pakar yang mendokumentasikan penemuan mereka dalam jurnal Nature.

Wang dan pasukannya mengeluarkan teori bahawa objek itu berkemungkinan bintang mati, lapor laman berita angkasa lepas, Space.com.

“ASKAP J1831-0911 berkemungkinan adalah magnetar (sejenis bintang mati dengan medan magnet yang kuat) atau ia boleh jadi sepasang bintang dalam sistem binari. 

“Bagaimanapun, teori itu pun tidak menjelaskan sepenuhnya apa yang kami perhatikan. 

“Penemuan ini boleh menunjukkan jenis fizik baharu atau model baharu evolusi bintang,” kata Wang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN