JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kelantan kelmarin selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, di sini pada pukul 10 pagi tadi.
Jenazah Mohamad Faris Kamaludin, 24, dan Nur Atikah Najihah Mohd. Shah Penilzain, 18, dikebumikan dalam liang lahad berasingan.
Terdahulu, kedua-dua jenazah disolatkan di Surau Darul Akhirah, Rumah Pangsa Awam Larkin di sini.
Kelmarin, kemalangan yang berlaku pada pukul 11.30 pagi itu turut mengorbankan ibu Nur Atikah Najihah iaitu Nurul Ain Abdul Rahim, 39.-KOSMO! ONLINE