fbpx

Pemilik tangkap pelancong wanita buang air besar di luar restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR sebuah restoran di Rawai, Phuket. - Foto Phuket Net

BANGKOK – Seorang pemilik restoran di pantai Rawai, Phuket menangkap seorang pelancong asing wanita kerana membuang air besar di luar premisnya, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Pemilik restoran terapung popular itu menggesa pihak berkuasa tempatan memasang lebih banyak tandas awam untuk pelancong asing.

Pannatat Asawapitakchon menggunakan media sosial untuk berkongsi pengalaman tidak menyenangkan itu pada waktu malam 22 Mei lalu.

“Pada mulanya, dia tidak menerima tanggungjawab (membersihkan najis). Namun, selepas bercakap sebentar, dia pergi membersihkan tempat dia membuang air besar. 

“Saya terpaksa membersihkannya semula kerana ia (tempat membuang najis itu) tidak betul-betul dibersihkan,” katanya seperti dilaporkan oleh portal berita Khaosod.

Dalam catatan terbaharu, dia  menyatakan bahawa tandas restorannya sedia untuk digunakan walaupun kepada  bukan pelanggan. 

Apabila restoran itu ditutup, pilihan  terhad memaksa sesetengah pelancong untuk menggunakan alternatif yang tidak sesuai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN