KUALA TERENGGANU – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dijangka meningkat 60,000 buah kenderaan sehari sempena sambutan Hari Raya Aidiiladha minggu depan.
Jurucakap LPT 2 Sdn. Bhd. berkata, peningkatan aliran trafik itu dijangka ketara pada 5,6, 8 dan 9 Jun ini.
“Seramai 300 petugas akan ditempatkan di plaza tol dan pusat pemantauan trafik di sepanjang LPT 2 sebagai persediaan menghadapi pertambahan kenderaan.
“Kerja-kerja penyelenggaraan juga akan ditangguhkan dalam tempoh sama bagi mengelakkan gangguan pergerakan trafik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah jurucakap itu, penyuraian trafik di plaza tol, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah akan turut dibantu lebih 160 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – KOSMO! ONLINE