SEBERANG PERAI – Seorang pemuda direman empat hari selepas ditahan berhubung kes menceroboh dan mengintai dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya, awal bulan ini.
Perintah reman ke atas suspek berusia 26 tahun sehingga 3 Jun ini dibenarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini hari ini
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dalam keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Semalam Kosmo! melaporkan seorang lelaki tular yang disyaki mengintai wanita dalam tandas stesen minyak di Seberang Jaya akhirnya diberkas pihak polis.
Tangkapan itu dibuat selepas polis mengesan video tular berdurasi 27 saat yang dimuat naik di aplikasi X yang memaparkan perbuatan seorang lelaki memasuki dan mengintai di dalam tandas wanita.-KOSMO! ONLINE