fbpx

Kulit telur jadi sabun pencuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahmin Nakib (tiga dari kiri) bersama pasukannya dan pensyarah pembimbing menunjukkan produk Magic Scrubeggs Powder ketika ditemui di Rembau semalam.

REMBAU – Inisiatif lima pelajar Agroindustri Ternakan Poltri, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja (KVDLM) di sini memanfaatkan sisa kulit telur menjadi bahan pencuci mesra alam membuahkan hasil baru-baru ini.

Ini selepas mereka berjaya meraih tiga anugerah emas dan dua perak dalam pertandingan anjuran Universiti Awam (UA).

Mereka berlima dibantu pensyarah pembimbing iaitu Siti Nur Haslinda Md. Saleh, Nurezzati Abd. Kadir dan Nur Amalina Asilah Mohd. Razali.

Ketua Pasukan, Shahmin Na­kib Mohamad Norman, 17, berkata, idea itu timbul apabila mereka perlu melupuskan kulit telur dengan menanam sisa tersebut.

“Kami mencari kaedah lain melupuskan kulit telur selain daripada buang, (iaitu) tanam. Bila dikaji kulit telur boleh menjadi baja dan bahan pencuci.

“Dari situ timbul idea untuk menghasilkan bahan pencuci yang lebih mesra alam, selamat untuk kulit dan mudah untuk dihasilkan menggunakan sumber sedia ada,” katanya ketika ditemui di KVDLM semalam.

Menurut Shahmin Nakib, dia dan pasukannya bangga kerana dapat membawa KVDLM ke pe­ringkat lebih tinggi menerusi penyertaan terbaharu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak pada 19 dan 20 Mei lalu bagi pertandingan International Education Innovation Competition (Edu Innovate) 2025.

Katanya, produk yang diberi nama Magic Scrubeggs Powder itu berjaya memikat hati pengunjung pertandingan itu dan mendapat permintaan.

“Namun, kita masih lagi dalam proses untuk mendapatkan hak cipta selain menambah inovasi baharu seperti pilihan bauan,” kata pelajar itu.

Sementara itu, Siti Nur Haslinda memberitahu, bahan pencuci tersebut boleh digunakan untuk membersihkan lantai dan longkang berlumut dengan mudah.

“Bagi setiap sekilogram kulit telur, 10 botol bahan pencuci dengan berat 350 gram mampu dihasilkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI