fbpx

Adam mahu tampil garang di ARRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM (tengah) yakin mampu memberikan tunggangan terbaik pada perlumbaan di Sepang hujung minggu ini.

PELUMBA berpengalaman negara, Adam Norrodin berazam untuk memberikan persembahan terbaik pada kemunculan pertamanya dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) hujung minggu ini bersama pasukan AMI Suzuki Motorsport.

Adam, 26, yang akan beraksi dalam kelas ASB1000 dengan jentera Suzuki GSX-R1000R selaku pelumba wildcard mahu menggunakan peluang itu sebagai langkah awal untuk kembali mewarnai pentas Asia secara penuh musim depan.

“Ini satu penghormatan buat saya dapat membawa Suzuki ke peringkat Asia. Walaupun kami hanya wildcard, harap ia jadi permulaan kepada penyertaan pasukan ini secara penuh tahun depan,” katanya.

Adam sebelum ini menyertai Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) dan mencipta kejutan apabila berjaya menaiki podium tempat ketiga dalam perlumbaan pertama meskipun jentera GSX-R1000R masih dalam fasa pembangunan.

Menurutnya, pencapaian itu membuktikan potensi besar projek Suzuki walaupun kekangan masa dan kurang pengalaman berbanding pengeluar lain yang sudah lama bertapak dalam perlumbaan kelas Superbike.

“Jentera ini masih baharu, Suzuki sendiri tidak membangunkan motosikal ini sejak sekian lama, jadi untuk kami berada di hadapan pengeluar lain di MSBK adalah sesuatu membanggakan.

“Menjelang perlumbaan minggu ini di Sepang, saya akan memberikan yang terbaik. Apa yang penting sekarang ialah mendapatkan pelarasan terbaik dengan bantuan kilang Suzuki dan ZK Racing,” jelas Adam.

Adam bakal bersaing dengan nama-nama besar dalam kelas ASB1000 termasuk pelumba Thailand, Nakarın Atiratphuvapat (Honda Racing Thailand) yang kini mendahului carta selepas dua perlumbaan pembukaan di Thailand dengan mengumpul 50 mata.

Turut menjadi pencabar adalah juara Asia, Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Racing Malaysia) yang kini di kedudukan kedua dengan 40 mata, diikuti Keito Abe (SDG HARC-PRO Honda) dan Hafizh Syahrin Abdullah (JDT Racing Team) masing-masing berkongsi 27 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI