fbpx

3 maut Kuala Krai: Majlis sambut menantu jadi kenduri tahlil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zubaidah menunjukkan kad jemputan kahwin adiknya.

KOTA BHARU – Majlis menyambut menantu akan diadakan serentak dengan tahlil tiga sekeluarga yang maut di Kilometer 104, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di Kuala Krai semalam.

Adik mangsa, Siti Zubaidah Abdil Rahim, 37, berkata majlis akad nikah adiknya Wan Muhd.Syafiq Abdul Rahim, 24, terpaksa diteruskan kerana semua persiapan di rumah pengantin perempuan di Kampung Bechah Pisang sudah siap sepenuhnya.

Menurutnya, sepatutnya majlis menyambut menantu yang akan diadakan esok di Kampung Kayu Rendang, Melor, bersama dengan majlis tahlil kakak Nurul Ain, 39, dan anak saudaranya Nur Atikah Najihah Mohd.Shah Penilzain, 18, dan suaminya Mohamad Faris Kamaluddin, 24.

“Untuk jemputan kenduri esok juga terpaksa diadakan secara sederhana daripada 200 kepada 100 orang sebagai menghormati kematian kakak dan anak saudara.

“Pada esok juga kita akan adakan majlis tahlil di rumah ibu saya Hasmah Awang, 60, kerana tempahan makanan sudah dibuat sebelum ini,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Siti Zubaidah berkata, kali terakhir dia menemui anak saudaranya Nur Atikah Najihah pada Rabu lalu sebelum bertolak balik ke kampung dengan menaiki bas dari Johor.

Katanya, permintaan terakhir anak saudaranya supaya tolong membawa balik pokok keladi untuk di tanam di kampung.

Tambahnya, dia hanya menyedari kakaknya terbabit dalam kemalangan selepas dihubungi oleh Wan Muhd. Syafiq petang semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI