fbpx

Lari tinggalkan 2.3 juta pil dadah bernilai RM3 bilion dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Facebook

BANGKOK – Tentera Thailand merampas lebih 2 juta pil methamphetamine (meth) yang dibuang ke dalam hutan oleh pengedar dadah di wilayah Chiang Mai, lapor portal berita Thaiger kelmarin. 

Penemuan itu berlaku apabila anggota-anggota tentera melihat sekumpulan lelaki mencurigakan di laluan yang terkenal dengan penyeludupan dadah dekat sempadan Myanmar. 

Mereka melihat kumpulan itu mengangkut beberapa beg galas besar yang diubah suai di perkampungan Kae Noi dan Mae Ja Nua sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan), Selasa lepas. 

“Kami segera memberi arahan  kepada mereka untuk berhenti. Namun, mereka melarikan diri ke dalam hutan.

“Kami menemui lapan beg mengandungi 200,000 pil meth setiap satu dan tujuh beg lain berisi 100,000 pil dadah itu di dalam hutan.

“Jumlah semua pil meth yang dirampas ialah  2.3 juta,” kata ketua pasukan peronda, Kolonel Maitree Srisantia. 

Narkotik itu diserahkan kepada polis Chiang Dao untuk tindakan lanjut. 

Menurut anggaran tentera, kesemua pil meth itu bernilai lebih 25.4 bilion baht (RM3.2 bilion) di pasaran gelap. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI