fbpx

Wanita sakit 7 tahun sebab bekas kekasih kentut depan muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Connell diberitahu doktor bahawa sampel hingusnya mengandungi bakteria E.coli. - Christine Exploring

CANBERRA  – Seorang wanita di Australia terkejut apabila mendapat tahu bahawa penyakit sinus yang dialami selama tujuh tahun berpunca daripada kentut bekas teman lelakinya, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Christine Connell nekad membuat pemeriksaan di hospital selepas mengalami masalah resdung kronik selama beberapa tahun. 

Connell terkejut apabila diberitahu doktor bahawa sampel hingusnya mengandungi bakteria berbahaya, E.coli. 

Dia menghidap jangkitan sinus selepas lelaki itu ‘membuang angin’ ke mukanya ketika mereka menginap di sebuah hotel. 

“Saya mengalami resdung yang berterusan selepas kami menginap di hotel tersebut. Dia (bekas kekasih) kentut di hadapan muka saya. Ketika itu, saya sedang pulih daripada pembedahan. 

“Semasa kejadian itu, saya tidak dapat bernafas,” kata Connell. 

Tambah Connell, dia kini sedang menjalani rawatan untuk menyembuhkan penyakit resdungnya. 

“Ia adalah kentut paling busuk yang saya pernah bau,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI