fbpx

[VIDEO] ‘Lahabau’ bukan perkataan kesat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhiddinazizz ketika satu sesi ceramahnya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perkataan ‘lahabau’ yang begitu sinonim dengan masyarakat berasal dari negeri Melaka sering disalah anggap sebagai perkataan kasar atau kesat sejak sekian lama.

Namun, perkataan tersebut sebenarnya kata pinjaman dari bahasa Arab ketika pedagang dari Timur Tengah berdagang di Melaka pada satu ketika dahulu dengan perkataan asal ‘la khabar’.

Melalui satu video tular di media sosial, pempengaruh yang dikenali sebagai Zhiddinazizz berkata, la khabar adalah bermaksud bertanya khabar atau lama tidak dengar khabar dalam bahasa Arab.

“Masa kesultanan Melaka dulu la khabar untuk bertanyakan khabar, tetapi setelah sampai kepada orang Melaka huruf R di belakang perkataan itu ditukar kepada huruf U.

“Jadi la ‘la khabau’, lama kelamaan jadi pula ‘lahabau’. orang Melaka kalau sebut ular akan jadi ‘ulau’, banyak lagi perkataan-perkataan lain yang diubah,” jelasnya dalam satu sesi ceramah baru-baru ini.

Zhiddinazizz  atau nama sebenar Mas Zhiddin Zhiddan merupakan anak personaliti televisyen Allahyarham Aziz Desa serta sering berkongsi kepada pengikutnya berkaitan topik bahasa Melayu dan sastera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI