fbpx

[VIDEO] Hantu pun terpegun dengar suara abang ‘guard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan suasana gelap sebuah bilik apabila terdapat kemunculan makhluk halus berambut panjang berdiri kaku di belakang cermin.

PETALING JAYA – Suara merdu seorang lelaki mengalunkan ayat al-Quran bagi menghalang gangguan makhluk halus menarik perhatian orang ramai.

Video yang dikongsi @Apakes di Facebook memaparkan suasana gelap di sebuah bilik apabila sosok wanita berambut panjang kelihatan berdiri kaku di belakang cermin.

“Saya tidak terpegun dengan hantu itu, saya terpegun dengar suara abang baca al-Quran. Suara sedap,” katanya di ruangan kapsyen.

Detik-detik cemas kemunculan makhluk misteri itu sepatutnya menjadi tumpuan, namun orang ramai mengaku mereka lebih tertarik dengan suara merdu lelaki tersebut yang disifatkan ‘menusuk jiwa’.

“Orang kerja pengawal keselamatan ini biasa bukan ‘kosong’. Teringat arwah abah kerja pengawal keselamatan ada berlaku situasi (diganggu) macam ini,” kongsi @Nurnajihah.

“Makhluk itu sekali terpegun sedapnya suara abang itu membaca surah. Jangan ingat semua makhluk takut dengan bacaan ayat suci, silap-silap dia boleh perbetulkan apa yang kita baca,” kata @Zahrillowbow.

“Hantu sebenar tak macam korang (kalian) tengok dalam filem, aku biasa nampak sekali depan mata sampai sekarang masih ingat rupanya gerun dan menakutkan,” ujar @Shafazkitchen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI