fbpx

Untung bersih tiga bulan Bank Islam RM126.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara Bank Islam

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad merekodkan Keuntungan Bersih berjumlah RM126.3 juta bagi untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2025, yang diterjemah kepada Pendapatan Sesaham Kumpulan sebanyak 5.57 sen dan Pulangan Bersih Ekuiti tahunan tujuh peratus.

Kumpulan mencatatkan Pendapatan Bersih sebanyak RM673.5 juta, menandakan peningkatan sembilan peratus tahun ke tahun berbanding tempoh sama pada 2024.

Sebahagian besar pertumbuhan dipacu oleh lonjakan 50.3 peratus dalam pendapatan bukan berasaskan dana yang mencecah RM133.6 juta, disokong pendapatan fi dan komisyen lebih tinggi, peningkatan pendapatan transaksi pertukaran asing dan laba bersih daripada jualan sekuriti pelaburan.

Pendapatan Bersih turut disokong oleh kenaikan 2.1 peratus Pendapatan Berasaskan Dana Bersih kepada RM539.9 juta.

Bank Islam terus mengekalkan kualiti aset yang teguh dengan Nisbah Pembiayaan Terjejas Kasar berada pada 1.08 peratus setakat 31 Mac 2025, lebih rendah berbanding purata industri sebanyak 1.42 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya telah menunjukkan prestasi suku tahun pertama 2025 yang sederhana, dipacu pertumbuhan strategik dan komitmen terhadap kelestarian.

“Sebagai sebuah institusi kewangan patuh syariah yang berpandangan jauh, Bank Islam terus berkembang seiring jangkaan pelanggan, sambil memanfaatkan kemajuan teknologi dalam kewangan Islam.

“Fokus berterusan kami terhadap perbankan bertanggungjawab dan pertumbuhan mampan jangka panjang memperkukuh kepimpinan Bank Islam membentuk ekosistem kewangan lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI