fbpx

Untung bersih CIMB naik kepada RM1.97 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIMB Bank - Gambar hiasan

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad merekodkan Keuntungan Bersih berjumlah RM1.97 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, peningkatan sebanyak 9.6 peratus suku ke suku (QoQ) dan 1.9 peratus tahun ke tahun (YoY).

Ia membawa kepada pulangan purata ekuiti (ROE) sebanyak 11.4 peratus dan pendapatan sesaham (EPS) 18.4 sen.

CIMB turut menyaksikan peningkatan sebanyak 11.2 peratus QoQ dan 2.1 peratus YoY dalam Keuntungan Sebelum Cukai kepada RM2.63 bilion.

Pendapatan operasi meningkat 3.2 peratus QoQ, namun susut 2.3 peratus YoY kepada RM5.5 bilion daripada pemampatan margin faedah bersih (NIM), yang diimbangi oleh pertumbuhan aset.

Pendapatan Faedah Bersih (NII) meningkat sedikit kepada RM3.82 bilion, manakala Pendapatan Bukan Faedah (NOII) menguncup 8.5 peratus pada asas tahunan kepada RM1.68 bilion, impak daripada pinjaman tidak berbayar dan perdagangan proprietary lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Novan Amirudin berkata, prestasi suku pertama menggariskan kekuatan berterusan portfolio ASEAN CIMB yang pelbagai, dengan sumbangan kukuh merentasi pelbagai segmen pendapatan, terutamanya daripada pendapatan francais pelanggan yang telah menunjukkan pertumbuhan konsisten sejak 2022.

“Kami telah mengekalkan kualiti aset yang sihat dan melaksanakan kawalan kos yang berdisiplin untuk meningkatkan daya tahan di tengah-tengah persekitaran operasi yang dinamik.

“Dalam keadaan pasaran yang semakin tidak menentu, kami kekal komited untuk menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk pelanggan kami.

“Penekanan kami terhadap pengurusan risiko yang kukuh dan operasi berdisiplin meletakkan kami dalam kedudukan yang teguh untuk menyokong pelanggan, menjaga kestabilan dan menyampaikan nilai buat pemegang saham,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI