fbpx

Ular sawa gergasi telan lembu korban 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai lembu korban yang ditelan hidup-hidup oleh seekor ular sawa gergasi. - iNews

JAKARTA – Sekumpulan penduduk di Buton Tengah, wilayah Sulawesi Tenggara terkejut apabila menemui ular sawa gergasi menelan seekor lembu korban, lapor portal berita iNews semalam. 

Kejadian berlaku di Desa Tanailandu dalam daerah Mawasangka. 

Rakaman yang dimuat naik di media sosial menunjukkan lembu korban itu dibaham di kawasan belukar oleh pemangsanya. 

Seorang penduduk tempatan berkata, dia menemui ular sawa itu semasa dalam perjalanan ke kebun lalu memanggil warga setempat untuk bantuan. 

“Tiba di tempat kejadian, lembu tersebut telah dibelit oleh reptilia sepanjang 9 meter (30 kaki) itu. Haiwan itu tidak dapat diselamatkan kerana kepalanya sudah masuk ke dalam mulut pemangsa. 

“Lembu itu merupakan haiwan korban untuk Hari Raya Aidiladha,” kata seorang penduduk dikenali sebagai Rafiudin.

Mereka berjaya melepaskan lilitan tersebut selepas kepala ular itu ditusuk dengan tombak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI