fbpx

Tiga maut, kereta bertembung bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan ketiga-tiga mangsa selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai hari ini. - IHSAN BOMBA

KUALA KRAI – Tiga termasuk dua sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Sam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, tiga mangsa yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Ahmad Idris Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.20 pagi dan anggota bomba terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba tiba pada pukul 11.55 dan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dengan bas ekspres.

“Pemeriksaan mendapati, seorang wanita bersama anaknya dan seorang lagi lelaki tersepit di dalam kereta itu. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi di lokasi kejadian.

“Difahamkan, mereka sedang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai untuk menghadiri kenduri perkahwinan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Idris memberitahu, pemeriksaan di dalam kereta itu turut menjumpai pelbagai barangan hantaran perkahwinan.

Katanya, ketiga-tiga mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI