fbpx

Terima kasih kerana pernah mewarnai hari kami – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pelakon sitcom Santan Berlada yang pernah popular pada era 1980-an (dari kiri) Allahyarham Khairul Azhar, Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan.

PETALING JAYA – “Santan Berlada merupakan antara sitkom kegemaran saya sewaktu masih di bangku sekolah rendah.”

Demikian kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tatkala mengulas pemergian salah seorang pelakon sitkom tersebut, Khairul Azhar Abdul Samad, 70, malam tadi.

Menurutnya, beliau berdukacita menerima khabar pemergiaan pelawak veteran tanah air itu yang pernah menceriakan rakyat Malaysia pada era 80-an menerusi RTM.

“Santan Berlada sarat dengan lawak jenaka yang menghiburkan dan pastinya meninggalkan kenangan manis. Terima kasih kerana pernah mewarnai hari kami.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya di media sosial hari ini.

Khairul Azhar yang merupakan pelawak veteran tanah air menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang pada malam Khamis.

Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.37 malam oleh pasukan perubatan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI