fbpx

‘Taikun’ hartanah bergelar Tan Sri ditahan skim tipu pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hasbullah menunjukkan gambar suspek yang ditangkap pada sidang akhbar berkenaan tangkapan dan rampasan kes Op Northern Star di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Salah seorang pemaju hartanah terbesar di negara ini bergelar Tan Sri antara tiga individu terbaharu yang ditahan membabitkan skim penipuan pelaburan ‘Ponzi’ menerusi Op Northern Star.

Lelaki berusia 54 tahun itu bersama dua lagi individu masing-masing 46 dan 58 tahun ditahan dalam operasi bermula 1 hingga 17 Mei lalu di sekitar ibu kota dan Pulau Pinang.

Operasi yang dilaksanakan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman itu berjaya menyita dan membeku aset serta wang tunai bernilai lebih RM527.46 juta.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu berkenaan bertindak sebagai proksi bagi menjalankan perniagaan untuk mencuci wang hasil penipuan sindiket berkenaan.

Beliau berkata, antara aset dan harta yang dibekukan dalam tangkapan ini adalah empat buah kapal layar mewah bernilai RM36.3 juta.

“Turut disita 477 hartanah bernilai RM150 juta termasuk ladang durian, hotel, projek perumahan, empat unit kondominium (RM12 juta), 37 akaun bank (RM328,088,127.11) dan wang tunai (RM283,070).

“Sitaan lain termasuk tiga kereta mewah bernilai RM637,100, dua jam tangan mewah bernilai RM160,000, lima telefon bimbit dan pelbagai dokumen,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK Bukit Aman di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI