PETALING JAYA – “Saya memang dah plan apa nak tumpu lepas ini, tapi biarlah semua orang tenang, raya haji dan sebagainya,”
Demikian reaksi terbaru Datuk Seri Rafizi Ramli susulan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Ekonomi berkuatkuasa 17 Jun ini.
Ahli Parlimen Pandan itu dalam satu hantaran di aplikasi X berkata, beliau telah mula menghabiskan baki cuti tahunan sejak Rabu lalu.
“Misi sekarang nak ‘reply’ beribu-ribu mesej dan join sama sembang dekat (aplikasi) X. Apa-apa saya kongsi kemudian,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, potensi sebenar negara adalah rakyat biasa dan pihaknya perlu kembali untuk memanfaatkan potensi itu.
Rafizi baru-baru ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuatkuasa 17 Jun dan akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Peletakan jawatan tersebut susulan kekalahan beliau dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE