fbpx

Saya bukan pemimpin diktator – PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, hari ini.

PENAMPANG – Pendakwaan sebarang kes rasuah hanya boleh dilaksanakan berdasarkan bukti dan mengikut prosedur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, setiap keputusan juga bukan berdasarkan arahan semata-mata.

“Saya bukan seorang pemimpin diktator yang sewenang-wenangnya mengarahkan mana-mana individu ditahan atau disiasat.

“Perjuangan menentang rasuah sebaliknya haruslah dijalankan di semua peringkat,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyatakan beliau memiliki tanggungjawab mengekalkan keamanan selain menegakkan undang-undang.

Anwar dalam rangka lawatan seharicke Sabah turut mengulas tentang video mengaitkan menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam skandal prospek perlombongan.

“Saya mahu terus-terang. Apa gunanya hanya berkata perkara yang manis sahaja? Tetapi apabila keadaan menjadi lebih hangat, sudah tentu saya bertanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya.

“Orang mempersoalkan mengapa saya tidak campur tangan seolah-olah menggambarkan saya cuba menutup dakwaan rasuah itu. Kita bukan negara yang berpandukan persepsi. Perkara-perkara ini tidak boleh ditangani berdasarkan persepsi, tuduhan dan fitnah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI