fbpx

Remaja meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan (kiri) dan keadaan motosikal mangsa terbabas dalam kejadian di Jalan Besar, Tanjung Malim arah Sungai Besar, semalam.

HULU SELANGOR – Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas dalam kejadian di Jalan Besar, Tanjung Malim arah Sungai Besar, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.24 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 6.45 petang semasa mangsa dalam perjalanan dari Sungai Tengi menuju ke Batu Kapur.

“Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Asri berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera telah dibawa ke Klinik Kesihatan Soeharto, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tujuan bedah siasat.

Tambah Mohd. Asri, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI