fbpx
Gambar Aidil mencium jenazah bayinya yang dimuat naik di Facebooknya semalam.

Bayi maut taska: ‘Muammar bukan milik saya, dia milik Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Anak ini (Muammar) bukan milik saya, bukan juga milik isteri. Dia milik Allah. Dan bila sampai waktunya, Allah ambil kembali amanah itu.”

Itu luahan hiba Aidil Khalid, 41, susulan pemergian mengejut bayinya, Muammar yang berusia tujuh bulan akibat tersedak susu selepas dihantar ke sebuah taska di Setapak, di sini pada Isnin
lalu.

Lebih memilukan, anak tunggal pasangan peguam itu dihantar dalam keadaan sihat dan ceria oleh ibunya, Nur Farihah Meor Mazli, 29, namun dilaporkan tidak sedarkan diri tidak sampai sejam kemudian sebelum disahkan meninggal dunia.

“Walau hati belum kuat, tetap­lah mesti dikuatkan. Kena reda dan kena terima takdir Allah. Demikianlah kita dididik dari dulu, demikianlah akidah kita,” katanya menerusi catatan di Facebooknya semalam.

Menurut Aidil, dia menye­rahkan sepenuhnya siasatan kematian bayinya kepada pihak berkuasa.

“Demi keadilan untuk bayi yang tidak berdosa ini. Let no stone be left unturned (Jangan ada satu pun perkara yang tidak disiasat).

“Kerana baby Muammar berada dalam keadaan sihat sempurna sebelum dihantar ke taska pada hari kejadian,” katanya.

Aidil turut merakam penghargaan kepada semua pihak termasuk yang menziarahi, me­nyalurkan bantuan dan me­nyempurna jenazah Muammar.

“Terima kasih kepada semua yang jauh dan dekat, menghulurkan bantuan, memberi kata-kata semangat dan solat jenazah anak kami. Semuanya sangat dihargai.

“Saya dan isteri tidak sempat membalas semua mesej, tapi ketahuilah setiap ucapan itu sangat kami hargai,” katanya.

Tambah lelaki itu, pemergian Muammar yang begitu menyentuh hati pastinya meninggalkan luka yang mendalam bagi diri­nya, namun kehadiran bayi itu walau seketika menjadi cahaya yang akan terus menerangi jalan ibu bapanya menuju syurga.

“Al-Fatihah untuk Muammar bin Aidil, dan doakan baby Muammar menjadi syafaat tabung pahala kedua-dua ibu dan ayah­nya di akhirat kelak,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN