fbpx

Liverpool sanggup beli mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKITIKE dianggap pemain yang sesuai buat Liverpool untuk mengetuai jentera serangan pasukan itu musim depan. - AFP

LONDON – Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool semakin serius menyertai saingan untuk mendapatkan khidmat penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.

Pemain berusia 22 tahun yang turut menjadi buruan Chelsea itu berjaya meledak 22 gol dalam 48 penampilan bersama Frankfurt musim ini.

Musim lalu, Frankfurt menandatangani Ekitike secara pinjaman sebelum mengesahkan pembelian pada musim panas dengan nilai perpindahan sebanyak £14 juta (RM79.80 juta).

Laporan menyebut, pengendali Liverpool, Arne Slot dan Ketua Pegawai Eksekutif Bola Sepak FSG, Michael Edwards bersependapat bahawa Ekitike adalah pemain yang mungkin perlu diberi perhatian pada jendela perpindahan kali ini.

Bagaimanapun, Liverpool dan Chelsea yang berminat untuk mendapatkan khidmat Ekitike perlu menyediakan dana yang besar apabila Frankfurt kekal dengan pendirian mereka untuk melepaskan pemain itu hanya pada nilai £83.9 juta (RM478.26 juta).

Frankfurt memiliki kelebihan untuk mempertahankan khidmat Ekitike atau melepaskannya pada harga yang mahal apabila pemain tersebut memiliki baki kontrak selama empat tahun.

Frankfurt berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Freiburg pada aksi terakhir saingan Bundesliga sebelum ini dan mengesahkan tempat ketiga untuk layak secara automatik ke pentas Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI