fbpx

Lelaki transgender jadi penceramah agama  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan penceramah itu mengenakan tudung dan solekan seperti wanita. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki transgender di Indonesia mengundang kecaman orang ramai kerana diundang sebagai penceramah untuk memberi ceramah agama, lapor portal berita Okezone semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @buletincirebon menunjukkan lelaki itu sedang duduk sambil memberi ceramah kepada orang ramai. 

Meskipun berjantina lelaki, dia mengenakan tudung, baju yang labuh serta solekan seperti wanita. 

Lelaki transgender bernama Shuniyya Ruhama itu merupakan alumi Universiti Gadjah Mada (UGM) di Yogyakarta. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan mencetuskan kemarahan ramai netizen. 

“Akhir zaman,” kata seorang netizen. 

“Malaikat pun ‘pening’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI