fbpx

Lapan termasuk dua kanak-kanak cedera, kereta bertembung di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI menyelamat oleh anggota bomba bagi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 4, Jalan Gerik-Kupang, Gerik hari ini. - IHSAN JBPM

GERIK – Tiga parah manakala lima yang lain cedera ringan selepas dua kereta yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 4, Jalan Gerik-Kupang, di sini hari ini.

Kemalangan membabitkan kereta Perodua Alza dinaiki pasangan suami isteri bersama dua anak serta sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina dipandu seorang lelaki dengan membawa dua penumpang lelaki dan seorang penumpang wanita.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas kereta Perodua Alza yang datang dari arah Gerik hala ke Kupang telah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah bertentangan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.45 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati, tiga mangsa masing-masing dua dari kereta Perodua Alza dan pemandu MPV mengalami kecederaan parah.

“Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan dua mangsa dari Perodua Alza yang tersepit. Kedua-dua mangsa dan pemandu MPV segera dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan kecemasan.

“Lima mangsa lain yang cedera ringan telah dibawa keluar oleh orang awam sebelum kehadiran bomba. Kesemua mereka turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI